X

Kindly register in order to view this article
!

Petra Group lebarkan sayap, labur dalam Petra Riyaz

Dash Hotel Seminyak di Bali, Indonesia.
A
A

PETRA Group melebarkan sayap perniagaannya dengan membuat pelaburan dalam Riyaz Hotels dan Resort melalui jenama Petra Riyaz.

Ketua Eksekutif Petra Riyaz, Datuk Seri Shaheen Shah Sidek berkata, pihaknya akan memperkenalkan kepelbagaian hospitaliti berorientasikan gaya hidup khas untuk pelanggan di kawasan tertentu merangkumi tema kontemporari, premium atau mewah.

Menurutnya, Petra Riyaz meliputi rangkaian hotel dan resort yang membawa identiti khas jenama berkenaan dan mencakupi resort tempatan bertaraf lima bintang, antaranya Riyaz Lavanya Resort & Villas; The dash Resort, Langkawi serta The dash Box dan Tan’Yaa Hotel di Cyberjaya.

“Rangkaian perhotelan luar negara pula membabitkan The Dash Hotel Seminyak di Bali, Indonesia dan Altara Suites by Riyaz di Danang, Vietnam,” katanya.

Tambah beliau, Petra Group memiliki pegangan sebanyak 51.5 peratus di Riyaz Hotels & Resorts di mana nilai keseluruhan rangkaian hotel dan resort tersebut dianggarkan hampir mencecah RM300 juta.

“Saya bersama Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Petra Group, Datuk Dr Vinod Sekhar berkongsi visi dan misi yang sama dalam menjalankan perniagaan ini.

“Walaupun berdepan tempoh sukar akibat pandemik Covid-19, Petra Riyaz tidak akan menghentikan usaha mengembangkan pelbagai jenama hotelnya walaupun dalam tempoh sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Shaheen Shah berkata, mereka juga dalam perancangan membina resort baharu di Malaysia, Vietnam dan Maldives di mana kerjasama terbabit turut melibatkan operasi meluaskan rangkaian jenama di Desaru, Johor dan Pulau Pinang.

“Walaupun banyak hotel terpaksa menghentikan operasi sama ada secara sementara atau kekal, Vinod masih percaya pelancongan negara akan segera pulih dan seterusnya membantu pulangan pengusaha sektor terbabit.

“Apabila situasi pandemik terkawal dan pemberian vaksinasi sudah meluas, orang ramai pasti memerlukan percutian secara individu atau bersama keluarga, manakala syarikat pula akan menggunakan hotel untuk menjalankan visi mereka,” ujarnya.

Beliau yakin kerjasama dengan pasukan berpengalaman seperti Petra Riyaz mampu menyampaikan perkhidmatan secara sempurna dengan tumpuan ke atas inovasi teknologi dan perhatian kepada semua aspek secara terperinci, sekali gus menawarkan pengalaman unik serta pengalaman positif kepada pelanggan.

“Lebih penting, kami mahu industri pelancongan tempatan berkembang semula dan mampu menjana peluang pekerjaan serta pendapatan kepada ramai pihak yang bergantung kepada sektor ini untuk kelangsungan hidup mereka,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!