X

Kindly register in order to view this article
!

Pelaksanaan Pelan Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin dilanjutkan: KDN

Wan Ahmad Dahlan - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Jemaah Menteri bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan Pelan Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin bagi menyokong pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga hujung tahun ini atau sehingga PICK tamat.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dalam kenyataan pada Isnin berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Jun lepas.

Menurutnya, mesyuarat itu juga bersetuju untuk memperluaskan pelaksanaan Pelan Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin itu ke Sabah dan Sarawak, tertakluk kepada persetujuan kedua-dua kerajaan negeri berkenaan.

Pelan bagi pengurusan dan meregularisasikan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini sebagai pekerja asing sah digajikan, majikan layak mempunyai dua komponen utama iaitu Program Rekalibrasi Pulang dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.

Pelaksanaan asal Pelan Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin itu bermula dari 16 November lepas hingga 30 Jun ini.

Menurut Wan Ahmad Dahlan, sehingga 1 Julai, seramai 248,083 PATI telah mendaftar untuk menyertai Pelan Rekalibrasi berkenaan dan daripada jumlah itu 97,892 individu mendaftar untuk pulang ke negara asal melalui Program Rekalibrasi Pulang, manakala 149,889 orang lagi bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!