'Tidak akan ada laungan azan jika Jokowi dipilih semula'

Wanita dalam rakaman tersebut cuba mempengaruhi penduduk supaya tidak memilih Jokowi.
Wanita dalam rakaman tersebut cuba mempengaruhi penduduk supaya tidak memilih Jokowi.
A
A
A

KARAWANG - INDONESIA. Sebuah rakaman video mendakwa tidak akan ada laungan azan jika Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi dipilih semula dalam Pilihan Raya Presiden (Pilpres) pada April depan telah menjadi tular.

Video dimuat naik menerusi akaun indozone.id di Instagram itu memaparkan dua wanita sedang bercakap dengan salah seorang penduduk dalam bahasa Sunda.

Mereka kelihatan cuba untuk mempengaruhi penduduk supaya tidak memilih Jokowi.

"Moal aya deui sora azan, moal aya deui nu make tiyung. Awewe jeung awewe meunang kawin, lalaki jeung lalaki meunang kawin (Tidak ada lagi laungan azan, tidak lagi wanita bertudung. Pasangan sejenis juga boleh berkahwin)," kata wanita dalam video tersebut.

Malah di Twitter, hashtag #CitraWidaPelacurPOLITIK turut menjadi trending.

Citra Wida yang menggunakan akaun @citrawida5 didakwa sebagai individu pertama yang memuat naik video oleh akaun el-diablo @MemeTanpaHurufK selain memaparkan alamatnya.

Akaun itu bagaimanapun telah dinyahaktifkan.

Hasil pemeriksaan pihak berkuasa ke atas alamat itu mendapati wanita yang bernama Citra tidak tinggal di alamat itu malah penduduk sekitar juga tidak mengenalinya. - Kompas.com

Artikel Berkaitan: