PKP: Kilang percetakan dikompaun RM10,000 langgar SOP

Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) membuat pemeriksaan di sebuah kilang pada Isnin.
Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) membuat pemeriksaan di sebuah kilang pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengeluarkan kompaun RM10,000 ke atas pemilik sebuah kilang percetakan di Jalan Getting Klang di sini kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan didapati tidak mempunyai surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk beroperasi.

Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Asisten Komisioner Rosman Kasman berkata, sebaik sahaja menyedari kehadiran polis, para pekerja kilang terbabit juga didapati tergesa-gesa memakai pelitup muka.

“Pemeriksaan mendapati kilang percetakan itu tidak memiliki kebenaran daripada MITI untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Pengurusan kilang berkenaan juga perlu memberi penjelasan lanjut kepada Kementerian Kesihatan mengenai kesalahan yang telah dilakukannya,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, beliau berkata, polis mendapati sebuah kilang pembuatan barangan kemas di Ampang didapati mematuhi SOP seperti disyaratkan.

“Kita berpuas hati kerana para pekerjaannya mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk pemakaian pelitup muka,” katanya.

Artikel Berkaitan: