X

Kindly register in order to view this article
!

Lumba haram: Dua remaja maut, seorang disahkan positif Covid-19

Kedua-dua mangsa dipercayai maut selepas bertembung sesama sendiri ketika terbabit dalam aktiviti lumba haram di Landasan Lapangan Terbang Lama Tawau.
A
A

TAWAU - Dua remaja dipercayai terbabit dalam aktiviti lumba haram di Landasan Lapangan Terbang Lama Tawau, maut selepas bertembung sesama sendiri.

Mangsa dikenali sebagai Rendy Salombe, 15, dan Mohamad Ekhsan, 16, disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bertembung sesama sendiri dari arah bertentangan.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang tidak memiliki lesen itu dipercayai menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Keadaan kedua-dua motosikal remuk selepas bertembung dalam kejadian kemalangan di Landasan Lapangan Terbang Lama Tawau.
Keadaan kedua-dua motosikal remuk selepas bertembung dalam kejadian kemalangan di Landasan Lapangan Terbang Lama Tawau.

"Ketika kejadian, kedua-dua penunggang disyaki terbabit dalam satu aktiviti lumba haram di landasan lapangan terbang berkenaan.

"Sehubungan itu, polis sedang mengesan pemilik sebenar motosikal yang terbabit berikutan alamat pemilik berdaftar adalah di daerah Semporna,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Katanya, hasil ujian saringan Covid-19 juga mengesahkan salah seorang daripada mangsa didapati positif Covid-19.

"Sampel darah kedua-dua mangsa sudah diambil untuk dianalisa dan proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kemalangan disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!