X

Kindly register in order to view this article
!

Wakil di setiap Parlimen bantu kes bendera putih

Pertubuhan Kebajikan Terkini Negeri Sembilan bersiap sedia untuk menghantar barangan keperluan kepada kes bendera putih.
A
A

SEREMBAN - Pertubuhan Kebajikan Terkini Negeri Sembilan meletakkan ahlinya di setiap Parlimen di Negeri Sembilan khusus bagi membantu mereka yang mengibarkan bendera putih.

Timbalan Pengerusi Md Sani Md Shah berkata, inisiatif itu diambil kerana menyedari ramai yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

"Menerusi Kempen #bantuan Bendera Putih kita minta orang ramai yang ada nampak bendera putih di depan rumah memaklumkan kepada kami di talian 011-18685019.

"Maklumat yang kami terima akan disampaikan kepada wakil di kawasan berkenaan dan bantuan akan dihantar," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, sejak dilancarkan tiga hari lalu seramai 15 keluarga di Negeri Sembilan telah dibantu dan kebanyakan mereka memberitahu hilang sumber pendapatan.

Bagaimanapun beliau berharap, tiada yang mengambil kesempatan sekali gus memastikan program itu mencapai matlamat.

"Ada juga yang tidak mengibarkan bendera tetapi memohon bantuan kami.

"Kalau boleh sekarang kami mahu fokus kepada kes kibar bendera putih sahaja kerana percaya mereka ini benar-benar terdesak," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengalu-alukan pihak lain untuk menyumbang bagi menjayakan program itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!