Proses reman 18 pekebun durian musang king kecoh

Ronnie Liu mendekati anggota polis dan melakukan provokasi di Kompleks Mahkamah Raub pada Isnin.
Ronnie Liu mendekati anggota polis dan melakukan provokasi di Kompleks Mahkamah Raub pada Isnin.
A
A
A

RAUB – Kekecohan berlaku di kompleks Mahkamah Raub selepas berlaku pertengkaran antara beberapa pemimpin politik dengan pihak berkuasa ketika proses permohonan reman 18 pekebun durian musang king pada Isnin.

Kekecohan itu menjadi hangat selepas seorang anggota polis meminta orang ramai termasuk pemimpin politik keluar daripada kawasan mahkamah ketika individu direman dibawa ke balai polis.

Susulan teguran itu, Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew dan Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dilihat tidak berpuas hati sehingga berlaku sedikit provokasi terhadap anggota polis yang memberikan arahan supaya keluar dari kawasan itu.

Dalam pada itu, Mahkamah Majistret Raub membenarkan 18 pekebun durian musang king direman dua hari sehingga esok (Selasa) untuk siasatan lanjut sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui yang turut ditahan tetapi dilepaskan dengan ikat jamin kira-kira jam 12 tengah malam.

Kesemua mereka ditahan pada Ahad selepas melakukan beberapa provokasi terhadap kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ketika operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub.

ARTIKEL BERKAITAN:

Provokasi ketika operasi, 18 pekebun haram durian musang king ditahan

18 pekebun durian musang king direman dua hari

Artikel Berkaitan: