X

Kindly register in order to view this article
!

SJR Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan ditutup: Polis

Hazani Ghazali
A
A

KOTA KINABALU - Sekatan jalan raya (SJR) membabitkan tiga daerah iaitu Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan ditutup sejak tengah malam Isnin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali berkata, keputusan itu dibuat selepas pemantauan pergerakan trafik yang dilakukan sejak dua minggu lalu.

"Pemerhatian mendapati kebanyakan pengguna jalan raya yang melakukan perjalanan antara tiga daerah ini untuk keluar bekerja dan mendapatkan barangan keperluan.

"Polis kini lebih memfokuskan SJR di laluan utama sempadan antara daerah bagi memastikan pergerakan trafik lebih lancar," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurut beliau, tindakan membuat SJR di laluan-laluan kecil antara daerah termasuk di jalan-jalan kampung sebelum ini juga sudah tidak lagi diperlukan.

"Saya sudah mengarahkan polis daerah untuk menutup SJR di laluan-laluan terbabit mulai minggu ini," katanya.

Bagaimanapun Hazani berkata, ia tidak bermaksud pihak polis akan mengabaikan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP).

"Mana-mana yang dikesan melanggar SOP akan tetap dikenakan tindakan mengikut undang-undang," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!