Trump tangguh kenaikan tarif ke atas eksport China

Trump tangguh kenaikan tarif ke atas eksport China. - Foto Wired.com
Trump tangguh kenaikan tarif ke atas eksport China. - Foto Wired.com
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dilapor menangguhkan pelan menaikkan kadar tarif ke atas eksport China selepas perkembangan positif yang dicapai menerusi rundingan perdagangan.

Presiden Donald Trump berkata, beliau turut bercadang mengadakan persidangan dengan Presiden China Xi Jinping di Mar-a-Lago, Florida.

"AS mencapai perkembangan memberangsangkan dalam rundingan perdagangan dengan China berhubung perlindungan harta intelektual, pemindahan teknologi, pertanian, perkhidmatan dan pelbagai lagi isu.

"Sehubungan itu, saya mengambil keputusan menangguhkan kenaikan tarif yang dijadual berkuatkuasa pada 1 Mac depan, dan sekiranya semua berjalan lancar, Presiden Jinping dan saya akan menandatangani perjanjian baharu," tulis Trump di Twitter.

Terdahulu, Trump bertemu Timbalan Perdana Menteri China, Liu He dalam mesyuarat bermula Jumaat lalu dan berakhir semalam.

Dalam pertemuan terbabit, He menyampaikan surat Presiden Jinping yang menyatakan hasrat agar perbincangan akan datang bakal membawa manfaat kepada kedua-dua negara.

Perang dagangan AS-China yang berlanjutan selama tujuh bulan telah mencetuskan risiko terhadap ekonomi dunia. - BBC

Artikel Berkaitan: