Dua maut bas bertembung motosikal

Motosikal milik mangsa. Keadaan bas selepas kejadian.
Motosikal milik mangsa. Keadaan bas selepas kejadian.
A
A
A

NILAI - Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dengan sebuah motosikal di Jalan Persiaran Korporat, Nilai di sini awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd Fazley Ab. Fahman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi, pemandu bas, G. Manoharan, 59, maut di tempat kejadian manakala penunggang motosikal, S.Kartikeyan, 36, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.

"Berdasarkan siasatan awal, pemandu bas yang datang dari arah Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke Nilai dipercayai sedang bergerak sebelum melanggar sebuah motosikal yang keluar simpang dari arah kanan lalu hilang kawalan dan melanggar pokok di bahu kanan jalan.

"Akibat pelanggaran itu pemandu bas mengalami kecederaan parah di kepala dan tersepit serta maut dilokasi kejadian. Mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik HTJ, Seremban untuk tujuan bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Mohd Fazley berkata, penunggang motosikal pula mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia selepas menerima rawatan di HTJ, Seremban dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: