X

Kindly register in order to view this article
!

Sasar 40,000 penduduk Tanjong Karang terima bakul makanan

Noh (dua dari kiri) meninjau proses pengagihan bakul makanan Parlimen Tanjong Karang pada Isnin.
A
A

TANJONG KARANG - Parlimen Tanjong Karang menyasarkan kira-kira 40,000 rumah penduduk menerima bantuan bakul makanan di Parlimen itu yang terkesan akibat Covid-19.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, setakat ini sebanyak 36,500 bantuan bekalan makanan sudah diagihkan di Parlimen itu sejak negara dilanda wabak Covid-19 pada Mac tahun lalu.

Menurut beliau, sebanyak 4,000 lagi baki bakul makanan akan diagihkan kepada penduduk dalam masa terdekat.

"Kami memberi bantuan mengikut pusingan yang mana pusingan pertama kita memberikan bantuan kepada semua penduduk di Parlimen Tanjong Karang.

"Pusingan kedua pula terdiri dalam kalangan ibu tunggal, manakala pusingan ketiga golongan asnaf yang tersenarai di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran 3,000 Bakul Makanan Parlimen Tanjong Karang di sini pada Isnin.

Noh berkata, bantuan sebelum ini juga turut tertumpu kepada golongan pesakit terlantar, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit Covid-19.

Beliau berkata, program penyerahan bantuan kepada rakyat di Parlimen itu dijalankan secara berpasukan membabitkan kepimpinan UMNO, Pas dan komponen Barisan Nasional terdiri daripada MCA serta MIC.

"Usaha ini dilakukan bagi mengurangkan beban penduduk di Tanjong Karang yang terbeban akibat Covid-19," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!