Kit Musa’adah Yadim untuk pelajar asnaf

Ahmad Fathan (kanan) menyampaikan 200 Kit Musa’adah kepada Ahmad Pakhruddin di sini.
Ahmad Fathan (kanan) menyampaikan 200 Kit Musa’adah kepada Ahmad Pakhruddin di sini.
A
A
A

KOTA BHARU – Bantuan Kit Musa’adah daripada Yayasan dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kini diperluaskan lagi untuk golongan pelajar dari latar belakang keluarga asnaf atau B40.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim, Ahmad Fathan Mahmood@ Mahamad berkata, buat julung kalinya pihak Yadim Kelantan mengagihkan kit berkenaan kepada pelajar sekolah memandangkan mereka juga terdiri daripada keluarga asnaf.

“Sebelum ini kita banyak fokus kepada keluarga asnaf dan pemberian kit dibuat secara terus. Bagaimanapun kali ini kami mendapat makluman daripada pihak sekolah mengatakan ada pelajar-pelajar mereka yang berasal daripada kumpulan asnaf.

“Maka kami ambil inisiatif untuk serahkan kepada pihak sekolah supaya ia akan diagihkan kepada pelajar-pelajar yang tersenarai,” katanya kepada pemberita selepas

menyampaikan 200 Kit Musa’adah kepada Pengetua Sekolah Maahad Muhammadi Perempuan, Ahmad Pakhruddin Deraman.

Hadir sama, Pengarah Yadim Kelantan, Mahadi Awang.

Mengulas lanjut, Ahmad Fathan berkata, selain itu, pihaknya kini sedang memperkemaskan jentera sukarelawan Yadim untuk program sanitasi yang dikendalikan pihaknya.

“Insya-ALLAH kita akan mulakan gerakan sanitasi ini dengan bantuan lebih 500 sukarelawan Yadim yang ada di setiap kawasan.

Artikel Berkaitan:

“Kebanyakkan permohonan sanitasi yang kita terima melibatkan masjid dan sebagainya. Ini salah satu cara kita bantu pasukan barisan hadapan untuk membersihkan kawasan-kawasan berisiko jangkitan pandemik Covid-19,” katanya.

Selain itu, Ahmad Fathan turut memberitahu, orang ramai yang memerlukan bantuan makanan asas boleh mrnghubungi talian hotline Yadim menerusi talian 013-2920214 bermula jam 6 pagi hingga 12 tengahari.