79 kes kematian akibat Covid-19 setiap hari di Malaysia

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Secara purata sebanyak 79 kematian akibat Covid-19 setiap hari dilaporkan di negara ini bagi minggu epidemiologi ke-26 iaitu 27 Jun hingga 3 Julai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 2.6 peratus berbanding minggu epid ke-25.

"Jumlah kematian dilaporkan pada minggu epid ke-26 ialah 550 kes," katanya.

Menurutnya, pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) turut merekodkan peningkatan sebanyak 3.1 peratus pada tempoh sama.

"Sebanyak 892 kes di ICU yang dirawat di ICU di seluruh negara," katanya ketika sidang akhbar perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan PICK bersama Menteri Penyelarasnya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Isnin.

Dr Adham berkata, penggunaan ventilator turut mencatatkan peningkatan sebanyak 1.6 peratus iaitu secara puratanya 448 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Setakat 3 Julai lalu, seramai 443 pesakit memerlukan bantuan mesin pernafasan," kata beliau.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: