250 premis diarah tutup

Acryl Sani
Acryl Sani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 202,591 pemeriksaan dijalankan sepanjang Ops Patuh oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi lain sejak 25 Jun hingga Ahad.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dalam operasi berkenaan sebanyak 169,629 premis perniagaan dan 25,651 kilang diperiksa di seluruh negara.

"Pemeriksaan juga turut dilakukan ke atas 6,258 tapak pembinaan dan 1,053 asrama penempatan pekerja," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Acryl Sani berkata, pasukan pemeriksaan PDRM bersama agensi lain turut mengeluarkan kompaun terhadap 1,919 premis yang didapati melakukan kesalahan membabitkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam operasi itu.

"Selain itu, sebanyak 250 premis yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut diarahkan tutup," katanya.

Beliau berkata, seramai 23,855 pegawai dan anggota PDRM bersama agensi lain membabitkan 5,366 pasukan pemeriksaan ditugaskan dalam Ops Patuh di seluruh negara.

"Kita mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan: