X

Kindly register in order to view this article
!

China lancar satelit meteorologi FY-3E

FY-3E yang dilengkapi 11 muatan penderiaan jauh disifatkan sebagai satelit meteorologi pertama dunia yang berada di orbit. - Foto Agensi
A
A

JIUQUAN - China berjaya menghantar Fengyun-3E (FY-3E), satelit meteorologi baharu ke orbit sasarannya dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di wilayah Gansu pada pagi Isnin.

FY-3E yang dilengkapi 11 muatan penderiaan jauh disifatkan sebagai satelit meteorologi pertama dunia yang berada di orbit.

Direka dengan jangka hayat selama lapan tahun, satelit itu akan berfungsi untuk mengetahui suhu dan kelembapan atmosfera, serta parameter meteorologi lain untuk pelbagai peranti ramalan bagi meningkatkan keupayaan ramalan cuaca di China.

Selain itu, ia juga akan digunakan untuk menjalankan pemantauan terhadap liputan salji dan ais global, suhu permukaan laut, bencana alam dan ekologi untuk memberi tindak balas lebih berkesan terhadap perubahan iklim selain mencegah serta mengurangkan bencana meteorologi.

Di samping itu, satelit tersebut juga berfungsi sebagai pemantau persekitaran dan kesan matahari serta angkasa, di samping menyediakan data ionosfera untuk memenuhi keperluan ramalan cuaca angkasa dan perkhidmatan sokongan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!