Wan Ahmad Fayhsal nafi tanding Parlimen Bagan Serai

Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menafikan beliau akan bertanding kerusi Parlimen Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Tegas beliau, parti di mana-mana peringkat tidak pernah membuat sebarang keputusan berkenaan kerusi yang akan ditandingi.

“Khidmat kepada rakyat tetap menjadi keutamaan seluruh jentera parti dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara,” katanya menerusi tulisan beserta tangkap layar sebuah berita di Facebook beliau pada Isnin.

Pada Isnin, sebuah akhbar tempatan melaporkan Wan Ahmad Fayhsal mengesahkan akan bertanding kerusi Parlimen Bagan Serai pada PRU15.

Dalam temu bual eksklusif akhbar berkenaan bersama Wan Ahmad Fayhsal baru-baru ini, Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu mendakwa beliau sudah mendapat restu daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Artikel Berkaitan: