X

Kindly register in order to view this article
!

Shopee, AirAsia kembali dengan kempen jualan dalam talian

AirAsia dan Shopee
A
A

KEMPEN ‘Shop Malaysia Online’ (SMO) di Shopee kembali untuk tahun kedua bagi memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat Malaysia melalui baucar diskaun, pulangan tunai dan subsidi penghantaran percuma yang akan membantu dalam pengurusan kos sara hidup.

Menurut kenyataan pada Isnin, Shopee menjelaskan pada tahun lepas, kempen ‘Ringgit-ke-Ringgit’ di Shopee telah dimanfaatkan lebih 2.9 juta pembeli, menjana jualan bernilai lebih RM540 juta bagi 80,000 penjual Malaysia.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho yang mengulas prestasi kempen tahun lepas berkata, lebih 2.9 juta rakyat Malaysia menggunakan baucar untuk menambah baik kesihatan serta menaik taraf kediaman serta membeli barangan keperluan harian.

“Kempen ini juga telah mewujudkan pembeli dalam talian baharu yang secara puratanya telah membuat empat pembelian tambahan di Shopee dalam tempoh kempen walaupun perintah kawalan pergerakan pada masa itu telah dilonggarkan.

“Data ini menunjukkan selain memberi impak positif kepada kegiatan ekonomi, inisiatif ini telah berjaya memacu digitalisasi,” katanya dalam kenyataan yang sama.

SMO adalah inisiatif e-dagang oleh Kementerian Kewangan (MOF), dengan Malaysia Digital Economy Corp (MDEC) berperanan untuk memacu kempen ini dari sekarang sehingga 31 Disember 2021.

Sementara itu, Jualan ‘arasia Super Sale’ juga kembali semula mulai 5 hingga 11 Julai dengan tawaran menarik untuk seluruh warga di ASEAN.

Menurut kenyataan, AirAsia menjelaskan warga ASEAN berpeluang menikmati lebih banyak perkhidmatan menerusi AirAsia Super App dengan tawaran tambahan e-dagang, produk kewangan dan nilai terbaik untuk perjalanan penting.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Super App, Amanda Woo berkata, pihaknya gembira dapat memperkenalkan lagi ‘airasia Super Sale’ dengan pelbagai tawaran terbaik untuk perjalanan penting, pesanan makanan, barangan runcit, produk kecantikan, ujian RT-PCR, produk mesra Muslim serta permohonan kad kredit dan pinjaman peribadi.

“Nikmati lebih banyak tawaran berbanding jualan tujuh hari kami yang lepas, dengan tawaran istimewa pada hari terpilih bagi produk tertentu pada diskaun tambahan selain tawaran terhad hujung minggu sempena hari terakhir ‘airasia Super Sale’ ini,” katanya dalam kenyataan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!