Brazil azam ke final Copa America

Tite (gambar kecil) mahu Brazil ke final Copa America.
Tite (gambar kecil) mahu Brazil ke final Copa America.
A
A
A

PENGENDALI Brazil, Tite mahu memastikan skuad kendaliannya itu mara ke final Copa America 2020 dengan menewaskan Peru pada aksi separuh akhir di Stadium Olimpik di Rio de Janeiro, pada Selasa.

Menurut Tite, setelah menewaskan Chile 1-0 pada aksi suku akhir, pihaknya semakin yakin skuad Selecao itu mampu untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

“Kedua-dua pasukan ini memiliki tradisi tersendiri dalam saingan Copa America. Dua tahun lalu, kami bertemu di final dan malah kami juga bertemu pada peringkat kumpulan dan juga play-off.

“Bagaimanapun, semua rekod itu tidak boleh dijadikan ukuran bagi menjangkakan keputusan aksi separuh akhir kali ini kerana ia berlangsung pada saat yang berbeza, pasukan berbeza.

“Cuma yang pasti, matlamat kami adalah sama, iaitu untuk beraksi di pentas final kelak,” katanya.

Untuk rekod, Brazil mara ke separuh akhir dengan rekod tanpa kalah dalam 12 perlawanan setakat ini dan Tite berpeluang untuk menyamai rekod bekas pengendali, Mario Zagallo yang merekodkan 12 perlawanan tanpa kalah sebelum ini,” katanya.

Selain itu, Brazil yang juga juara sembilan kali Copa America bakal berdepan Peru buat kali ke-20 dengan rekod 15 kemenangan, seri dua kali dan tewas dua kali.

Sementara itu pemain tengah Brazil, Fred meramalkan tentangan sengit daripada Peru pada aksi separuh akhir berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kesebelasan Peru dijangka akan beraksi sebaik mungkin bagi mencatatkan keputusan positif berdepan Brazil yang juga juara bertahan Copa America, kali ini.

“Jika aksi berdepan Chile dilihat sebagai sukar, saya meramalkan Brazil bakal berdepan kesukaran berganda berdepan Peru.

“Bagi saya, pemain Peru akan tampil dengan penuh motivasi dan akan cuba sedaya upaya untuk memenangi perlawanan berkenaan yang juga diibaratkan sebagai ‘perlawanan paling bersejarah’ dalam hidup mereka,” katanya.