PPV mega di Movenpick mula operasi hari ini

Movenpick mula beroperasi sebagai PPV mega terbaru pada Isnin.
Movenpick mula beroperasi sebagai PPV mega terbaru pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM – Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA (Movenpick) mula beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega terbaru pada Isnin.

Pengurus Besarnya, Wan Enderi Mohd Saad berkata, pihak pengurusan Movenpick menghargai pemilihan pusat itu sebagai PPV mega bagi daerah Sepang dan beroperasi setiap hari bermula 8.30 pagi sehingga jam 9 malam.

“Pusat Konvensyen Movenpick KLIA dengan keluasan 16572.14 meter persegi mampu menampung kapasiti sebanyak 5,000 janji temu setiap hari,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu lalu.

Tambahnya, kolaboratof antara Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dan pihak pengurusan Movenpick itu adalah atas dasar tanggungjawab sosial korporat dan nilai kemasyarakatan serta usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19.

“Perkhidmatan yang kami sediakan tidak terhad kepada tetamu hotel malah memperluaskan perkhidmatan kepada komuniti di mana kami bekerja.

“Adalah menjadi sebahagian tanggungjawab sosial korporat kami dalam konteks cara syarikat 'memberi balik' kepada komuniti setempat.

“Sebagai salah sebuah pemain industri pelancongan negara, pihak hotel berharap apabila negara mencapai imuniti kelompok, kerajaan akan mempertimbangkan untuk membuka industri pelancongan domestik dengan lebih cepat dan secara amnya dapat membantu industri perhotelan kembali membangun,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: