Lapan peratus populasi Malaysia sudah lengkap suntikan vaksin

OKU cacat penglihatan Nasir Embong, 57, (kanan) menerima suntikan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak. - Foto Bernama
OKU cacat penglihatan Nasir Embong, 57, (kanan) menerima suntikan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,618,316 orang atau lapan peratus daripada populasi telah menerima suntikan dos kedua vaksin, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka setakat Ahad, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menyasarkan 10 peratus daripada populasi negara akan memperoleh vaksinasi penuh menjelang pertengahan Julai ini, di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menerusi hantaran di Twitter Dr Adham memaklumkan, jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin setakat Ahad adalah sebanyak 9,006,715 dos, dengan 2,618,316 adalah dos kedua.

“Bagi vaksinasi harian, sebanyak 206,015 dos diberikan semalam (Ahad), melibatkan pemberian 127,385 dos pertama dan 78,630 dos kedua,” katanya dalam hantaran Twitternya pada Isnin.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor (348,853), Sarawak (299,593), Kuala Lumpur (244,7090), Sabah (233,409) dan Kedah (193,575). - Bernama

Artikel Berkaitan: