Bukti Pahang tegas banteras isu pencerobohan tanah: Ummah Raub

Laporan Sinar Harian mengenai insiden provokasi pekebun haram musang king.
Laporan Sinar Harian mengenai insiden provokasi pekebun haram musang king.
A
A
A

KUANTAN - Gerakan Pembela Ummah Raub (Ummah Raub) menyokong tindakan tegas kerajaan Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JKNP) yang memusnahkan tanaman durian secara haram di Hutan Simpan Kekal di Batu Talam, pada Ahad.

Ketuanya, Mohd Shahrizan MD Esa berkata, tindakan itu membuktikan usaha semua pihak dalam menangani dan menguatkuasakan isu pencerobohan tanah haram di Pahang khususnya di daerah Raub.

“Semalam (Ahad) telah tular beberapa rakaman video dan gambar yang memaparkan provokasi yang melampau oleh pengusaha kebun haram terhadap pasukan penguat kuasa yang sedang melaksanakan tindakan penguatkuasaan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Batu Talam.

"Jadi, kita harap perkara ini akan dapat diselesaikan dengan segera,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau turut mengharapkan agar kerajaan Pahang terus konsisten di atas ketegasan yang telah dilakukan.

"Kerajaan Pahang dan mana-mana pihak terlibat pasti tidak akan berganjak ke belakang atas segala tekanan dan provokasi melampau pihak berkaitan," ujarnya.

Dalam pada itu, JPNP dalam satu kenyataan media memaklumkan 18 individu telah ditahan kerana memasuki kawasan HSK tanpa kebenaran.

Mereka didakwa telah membuat provokasi melampau terhadap anggotanya yang sedang melaksanakan operasi memusnahkan kebun haram durian di sekitar daerah Raub.

ARTIKEL BERKAITAN: Provokasi ketika operasi, 18 pekebun haram durian musang king ditahan

Artikel Berkaitan: