PM Luxembourg masuk hospital kerana Covid-19

Xavier Bettel - Foto Getty Images
Xavier Bettel - Foto Getty Images
A
A
A

LUXEMBOURG - Perdana Menteri Luxembourg, Xavier Bettel dimasukkan ke sebuah hospital pada Ahad dan akan diletakkan dalam pengawasan setelah beliau diuji positif dalam ujian pengesanan Covid-19 yang dilakukan terhadapnya sebelum ini.

Menurut satu kenyataan dari kerajaan negara itu, Bettel, 48, akan berada di hospital itu sebagai langkah berjaga-jaga.

Bettel mula mengasingkan diri selama 10 hari pada 27 Jun lalu iaitu kurang dua hari selepas beliau menghadiri sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Belgium.

Bagaimanapun, tiada seorang pun pemimpin EU yang menghadiri sidang kemuncak itu yang dianggap sebagai kontak kepadanya.

Menurut AFP, pada 6 Mei lalu, Bettel menerima satu suntikan vaksin AstraZeneca.

Negara yang didiami oleh 630,000 penduduk itu menghadapi peningkatan kes Covid-19 sejak 10 hari lalu dan 136 orang diuji positif pada Sabtu lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: