Covid-19: Hospital swasta sediakan jururawat bantu hospital kerajaan

Kebanyakan hospital swasta bersetuju untuk menyediakan kakitangan jururawat terlatih sebagai bantuan awal secara berperingkat, kepada kerajaan bagi membantu menguruskan pesakit Covid-19 di hospital awam terpilih di Lembah Klang. - Gambar fail.
Kebanyakan hospital swasta bersetuju untuk menyediakan kakitangan jururawat terlatih sebagai bantuan awal secara berperingkat, kepada kerajaan bagi membantu menguruskan pesakit Covid-19 di hospital awam terpilih di Lembah Klang. - Gambar fail.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kebanyakan hospital swasta bersetuju untuk menyediakan kakitangan jururawat terlatih sebagai bantuan awal secara berperingkat, kepada kerajaan bagi membantu menguruskan pesakit Covid-19 di hospital awam terpilih di Lembah Klang.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia Datuk Dr Kuljt Singh berkata, bantuan ini berdasarkan kepada keadaan semasa Covid-19 di hospital awam, terutamanya di Lembah Klang yang kini berhadapan kadar kemasukan ke wad yang tinggi dan kekurangan kakitangan.

“Kementerian Kesihatan telah memohon kepada Persatuan Hospital Swasta Malaysia bagi medapatkan bantuan daripada ahlinya, untuk jururawat, pegawai perubatan dan pakar, untuk bertugas di hospital kerajaan.

“Kami pada peringkat selepas ini, akan membantu mereka dengan kakitangan perubatan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dr Kuljit berkata, walaupun hospital swasta besar juga telah terlibat dengan program vaksinasi Covid-19 seperti IHH Healthcare, KPJ Healthcare, Sunway dan Hospital Ramsay Sime Darby, juga kekurangan kakitangan, hospital swasta bersedia untuk membantu kerajaan dalam menguruskan situasi tersebut.

Oleh sebab itu, beliau berkata, persatuan telah mengesa ahlinya untuk bersedia menerima pesakit bukan Covid-19 yang dirujuk daripada hospital kerajaan, bagi menyediakan kapasiti yang lebih bagi merawat pesakit Covid-19 di hospital awam.

“Kami berharap pesakit yang dirujuk itu dihantarkan secara sama rata ke semua hospital swasta, dalam memastikan rawatan dan penjagaan terbaik dapat diberikan kepada pesakit awam dan ia akan dibayar sepenuhnya oleh kerajaan seperti dinyatakan dalam Ordinan Darurat,” katanya.

Selain daripada itu beliau berkata, hospital kerajaan akan terus membantu kerajaan untuk memberikan 12 dos vaksin yan dijangka akan diterima bulan ini dengan 100 hospital swasta pada masa ini sedang membantu memberikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: