X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Kenderaan hilang kawalan akibat tumpahan minyak

Anggota bomba melakukan pembersihan minyak di bawah jejambat LATAR, Parit Mahang di sini pada Ahad.
A
A

KUALA SELANGOR - Beberapa kenderaan dilaporkan hilang kawalan akibat jalan licin berikutan berlaku tumpahan minyak di bawah jejambat Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Parit Mahang di sini pada Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata, beliau menerima maklumat berhubung perkara itu daripada penduduk setempat.

Menurutnya, beliau kemudian terus ke lokasi untuk melihat sendiri dakwaan berkenaan.

"Sejurus tiba, saya terus menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor untuk tindakan lanjut," katanya dalam status di Facebook beliau lewat malam Ahad.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.50 malam Ahad.

Menurutnya, seramai tujuh anggota BBP Kuala Selangor dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kita dapati berlaku tumpahan minyak sepanjang 30 meter di atas jalan raya dan anggota bertindak membersihkan tumpahan menggunakan satu aliran salur dengan bantuan pengepaman air tangki daripada jentera bomba," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, operasi pembersihan itu dilakukan kira-kira 30 minit dan tamat pada jam 11.39 malam.

"Bagaimanapun, kita tidak dapat maklumat berapa kenderaan terlibat dan hanya dimaklumkan untuk membersihkan kawasan tumpahan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!