Pegawai pemasaran balik kampung jadi nelayan, petani

Mohamad Amirulhakim bekerja sebagai nelayan dan turut mengusahakan tanaman nanas, durian dan melon manis di Dungun, Terengganu sejak April lepas.
Mohamad Amirulhakim bekerja sebagai nelayan dan turut mengusahakan tanaman nanas, durian dan melon manis di Dungun, Terengganu sejak April lepas.
A
A
A

SHAH ALAM - Ramai individu yang terkesan akibat daripada Covid-19 sehingga memaksa mereka mencari pelbagai alternatif untuk meneruskan kehidupan.

Sebelum ini ramai yang menjawat jawatan tinggi dan mempunyai kerjaya yang menjana pendapatan yang tinggi, namun kini segalanya sudah hilang.

Turut terkesan ialah bekas pegawai pemasaran sebuah syarikat berkaitan pendidikan, Mohamad Amirulhakim Othman, 27, yang terpaksa membuat keputusan kembali ke kampung halaman di Dungun, Terengganu pada April lepas untuk mengusahakan tanaman nanas, durian dan melon.

Mohamad Amirulhakim
Mohamad Amirulhakim

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, dia yang sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur mengambil keputusan berhenti kerja selepas gajinya dipotong oleh majikan akibat pandemik Covid-19 menyebabkan pendapatannya berkurangan.

“Ayah saya sendiri yang memberi idea untuk bekerja sebagai petani walaupun pada mulanya saya tidak yakin dengan cadangan tersebut.

“Tetapi setelah berfikir dan membuat beberapa kajian, saya yakin petani merupakan salah satu cara untuk menambah pendapatan dan juga boleh dijadikan sebagai kerjaya kerana ia sesuai untuk jangka masa panjang,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Amirulhakim gemar bercucuk tanam dan suka akan alam semula jadi.
Mohamad Amirulhakim gemar bercucuk tanam dan suka akan alam semula jadi.

Selain bercucuk tanam, Mohamad Amirulhakim berkata, dia turut melakukan kerja sampingan sebagai nelayan bagi menambah sumber pendapatan.

Menurutnya, menjadi nelayan juga bukanlah mudah, malah hasil tangkapan juga tidak menentu.

“Dalam tempoh pandemik ini, saya turun ke laut dua atau tiga kali sahaja dalam sebulan. Kerja sebagai nelayan agak mencabar kerana perlu keluar awal pagi selepas Subuh dan pulang apabila sudah senja.

“Hasil tangkapan akan dibahagikan kepada berapa orang yang ikut sama ke laut dan kemudian barulah dijual kepada orang ramai.

“Harga jualan pula bergantung kepada harga semasa, tidak boleh terlalu murah dan terlalu mahal kerana banyak saingan,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 jadikan rakyat Malaysia lebih kuat demi kelangsungan hidup