The Sail Melaka siap lima tahun lagi

The Sail Melaka bakal menjadi hab fesyen yang penting di negara kita.
The Sail Melaka bakal menjadi hab fesyen yang penting di negara kita.
A
A
A

SHAH ALAM - Hab fesyen bertaraf antarabangsa, The Sail Melaka yang dibangunkan oleh syarikat pemaju hartanah ternama, Sheng Tai International Sdn Bhd dijangka siap dalam tempoh lima tahun lagi.

Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International, Datuk Leong Sir Ley berkata, kerjasama dengan FashionTV yang berpangkalan di Paris itu akan memanfaatkan keseluruhan industri, bukan hanya pereka fesyen malah model, jurusolek dan pendandan rambut dalam suasana ekonomi yang perlahan akibat Covid-19.

“Setakat ini kita sudah ada 60 pereka fesyen tanah air yang terkenal dan masing-masing akan diberi peluang untuk membuka premis di galeri jualan yang sedang dibangunkan di MetraSquare.

“Ini termasuk pereka beg tangan, kasut, aksesori dan busana tempatan seperti batik serta songket,” katanya dalam pertemuan bersama media secara atas talian pada Jumaat.

Leong Sir Ley
Leong Sir Ley

Usaha Sheng Tai International untuk menjadikan Melaka sebagai hab fesyen negara pada masa depan itu turut mendapat sokongan daripada kerajaan negeri Melaka.

Projek pembangunan lain Sheng Tai International di Melaka adalah MetraSquare, Ames Hotel, Regalia Beachfront Residence dan terbaharu, The Sail Melaka yang memiliki nilai pembangunan RM6.5 bilion.

Kata Sir Ley, media sosial penting dalam membantu Sheng Tai Inernational menjangkau lebih banyak pelabur dan rakan kongsi.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, walaupun sempadan negara masih lagi ditutup, namun ia tidak menghalang mereka berinteraksi dengan cawangan mereka di luar negara.

“Walaupun sempadan ditutup, kami masih lagi boleh meneruskan perniagaan hartanah kami sama ada di Malaysia, mahupun cawangan kami di luar negara iaitu Jepun, Beijing, Taiwan dan Hong Kong.

“Dengan adanya media sosial ia membolehkan kami berkomunikasi antara satu sama lain sekali gus mengukuhkan rangkaian pelaburan hartanah di peringkat global,” katanya.

Sementara itu, Sir Ley berkata, pihaknya turut mengalu-alukan mereka yang ingin menjalankan perniagaan dengan menggunakan platform yang disediakan oleh Sheng Tai International.

“Kami ada dua Facebook iaitu www.facebook.com/shengtaiinternational dan www.facebook.com/MariMalaiHome. Kedua-dua platform ini akan membantu mereka untuk menjual produk yang ingin dijual.

“Selain dari itu, para usahawan juga boleh mengunjungi Instgram shengtaiinternational, kerana dapat membantu mereka yang hilang pekerjaan ataupun hilang punca pendapatan,” katanya.