Petron jalin kerjasama dengan pereka fesyen Alia Bastamam

A
A
A

PETRON bekerjasama dengan pereka fesyen terkemuka di Malaysia, Alia Bastamam, untuk filem superhero dan antara filem yang paling dinanti-nantikan buat tahun 2019, Captain Marvel. Ini menandakan kolaborasi dalam industri untuk kali pertama.

Menurut Ketua Jabatan Dagangan Runcit dan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy, ini menandakan kolaborasi dalam industri untuk kali pertama. “Kami berbangga untuk bekerja bersama Alia Bastamam, yang merupakan salah satu pereka fesyen terbaik di Malaysia.

“Pada masa sama, kami teruja untuk mengadakan satu lagi tayangan filem Marvel ekslusif, kini untuk Captain Marvel. Kami berharap melalui kerjasama ini, para pelanggan dapat merasakan penghargaan kami terhadap sokongan mereka,” katanya.

Alia Bastamam akan mereka 40 jaket secara eksklusif yang diinspirasikan dari filem superhero popular tersebut.

Pelanggan Petron berpeluang membawa pulang dua jaket uniseks ini dengan menyertai “Peraduan Captain Marvel Petron.” Jaket yang bergaya tersebut akan direka khas untuk pemenang.

Pemenang Pereka Fesyen Tahun 2017 di KL Fashion Week, Alia Bastamam telah menjadi salah satu pereka fesyen terkemuka di Malaysia semenjak memulakan kerjayanya pada tahun 2010. Beliau telah mereka pakaian untuk ramai selebriti yang berjalan di karpet merah, sosialit dan kerabat diraja negara sebagai pelanggan.

Bukan sahaja di Malaysia, jenama Alia Bastamam juga telah membuat nama di negara-negara jiran seperti Singapura, Brunei dan Indonesia, dan tahun ini dia bakal meneroka pasaran antarabangsa di AS dan Eropah.

“Saya gembira menjadi sebahagian daripada Captain Marvel! Ini ialah kali pertama buat saya dan saya yakin label ALIA sempurna untuk mempromosikan filem ini,” kata Alia.

Artikel Berkaitan:

Ahli Petron Miles secara automatik layak mendapat cabutan apabila mereka membelanjakan minimum RM50 dari 21 Februari hingga 6 April 2019 di mana-mana 630 stesen minyak Petron di Malaysia. Captain Marvel akan dilancarkan pada 6 Mac depan di Malaysia. Layari www.petron.com.my.