Operasi SAR dipergiat

Kira-kira 140 anggota tentera turut dikerah menyertai operasi SAR yang dilancarkan secara besar-besaran itu. - Foto AFP
Kira-kira 140 anggota tentera turut dikerah menyertai operasi SAR yang dilancarkan secara besar-besaran itu. - Foto AFP
A
A
A

ATAMI - Pasukan penyelamat di tengah Jepun pada Ahad berhempas pulas melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara besar-besaran sehari selepas kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur dahsyat susulan hujan lebat berterusan melanda bandar Atami, wilayah Shizuoka.

Pegawai kerajaan tempatan memaklumkan sekurang-kurangnya dua terkorban manakala kira-kira 20 dilaporkan masih hilang.

Kira-kira 20 dilaporkan masih hilang dalam kejadian itu. - Foto AFP
Kira-kira 20 dilaporkan masih hilang dalam kejadian itu. - Foto AFP

“Operasi SAR tersebut disertai kira-kira 1,000 anggota penyelamat termasuk 140 tentera.

Kami akan melakukan usaha sehabis baik untuk menjejaki mangsa yang mungkin terselamat walaupun berdepan kesukaran akibat cuaca buruk,” ujar jurucakap misi itu.

Ketika ini, kira-kira 2,800 kediaman di Atami turut terputus bekalan elektrik.

Salah sebuah struktur yang musnah dalam kejadian tanah runtuh di bandar Atami pada Sabtu. - Foto AFP
Salah sebuah struktur yang musnah dalam kejadian tanah runtuh di bandar Atami pada Sabtu. - Foto AFP

Stesen penyiar NHK melaporkan kira-kira 80 rumah tertimbus dan zon lingkungan tanah runtuh itu berlaku sejauh dua kilometer.

Artikel Berkaitan:

Datuk Bandar Atami, Sakae Saito mengesahkan kira-kira 300 terjejas akibat kejadian itu.

Bas yang dihanyutkan di kawasan Izusan di bandar Atami di wilayah Shizuoka - Foto AFP
Bas yang dihanyutkan di kawasan Izusan di bandar Atami di wilayah Shizuoka - Foto AFP

“Amaran pemindahan segera telah dikeluarkan kepada penduduk di Atami yang didiami 20,000 isi rumah supaya mencari tempat perlindungan lebih selamat.

“Bandar yang terletak kira-kira 90 kilometer di barat daya Tokyo itu telah mencatatkan taburan hujan 313 milimeter (mm) dalam tempoh 48 jam melepasi jumlah purata bulanan 242.5 mm pada Julai,” jelas laporan itu lagi.

Sementara itu, rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan aliran lumpur yang mengalir laju menghanyutkan kediaman dan harta benda penduduk.

Anggota penyelamat membersihkan timbunan lumpur di laluan utama di bandar Atami. - Foto AFP
Anggota penyelamat membersihkan timbunan lumpur di laluan utama di bandar Atami. - Foto AFP

Pada Sabtu, Perdana Menteri, Yoshihide Suga memberi amaran kepada penduduk supaya sentiasa berwaspada jika berlaku insiden tanah runtuh susulan berikutan hujan masih melanda kawasan tersebut.

Sebahagian besar wilayah di Jepun kini dilanda musim hujan yang biasanya berlarutan selama beberapa minggu dan turut mencetuskan banjir kilat serta tanah runtuh yang memaksa pemindahan penduduk dilakukan.

Anggota bomba berusaha menjejaki mangsa yang mungkin terselamat dalam kejadian tersebut. - Foto AFP
Anggota bomba berusaha menjejaki mangsa yang mungkin terselamat dalam kejadian tersebut. - Foto AFP

Ketika ini, ratusan ribu penduduk di tiga wilayah; Shizuoka, Kanagawa dan Chiba diarahkan untuk berpindah setelah amaran banjir di kawasan daratan rendah dikeluarkan.

Kumpulan saintis mendakwa impak fenomena perubahan iklim yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini telah mencetuskan cuaca ekstrem hingga menyebabkan taburan hujan secara luar biasa. - AFP