Vieira teruja cabaran baharu bersama Crystal Palace

Patrick Vieira
Patrick Vieira
A
A
A

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Crystal Palace mengesahkan pelantikan Patrick Vieira sebagai pengurus baharu The Eagles dengan kontrak tiga tahun di Selhurst Park.

Bekas tonggak Perancis berusia 45 tahun, yang pernah mengetuai kelab London, Arsenal pada era Invincibles akan mengambil alih peranan ditinggalkan pengendali terdahulu, Roy Hodgson yang berjaya mengeluarkan kelab tersebut dari zon penyingkiran.

“Saya sangat gembira mendapat peluang ini untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris, dan menguruskan kelab yang hebat ini, dan bersama memulakan babak baharu bersama-sama.

“Ini adalah projek yang sangat menarik bagi saya, setelah berkomunikasi dengan ketua dan pengarah sukan mengenai cita-cita dan rancangan mereka untuk seluruh kelab termasuk akademi.

“Kelab ini mempunyai landasan hebat setelah bertahun-tahun berada di saingan tertinggi liga utama Inggeris, dan saya harap kita dapat melakukan peningkatan lebih seterusnya memacu kelab ini,” kata Vieira

Pelantikan Vieira menamatkan pencarian pengganti Hodgson setelah pengendali berusia 73 tahun tersebut meninggalkan kelab itu atas persetujuan bersama pada hujung musim lalu.

Artikel Berkaitan: