X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 05 Disember 2021

Ops Patuh: Polis Kelantan keluar 27 kompaun

A
A

TUMPAT - Polis Kelantan mengeluarkan 27 kompaun berjumlah RM79,000 bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi menyekat penularan Covid-19 dalam Ops Patuh di negeri ini sejak dua hari lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, lapan daripada 27 kompaun itu melibatkan kesalahan orang awam yang gagal mematuhi SOP seperti tidak memakai pelitup muka, di sekitar Kota Bharu yang membabitkan nilai RM8,000.

"Tiga kilang dikenakan kompaun di Tumpat berjumlah RM4,500, lima di Pasir Puteh (RM33,000), satu di Gua Musang (RM1,500) dan 10 di Kuala Krai (RM32,000)," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Kutan Tengah, di sini pada Ahad.

Beliau berkata 1,609 premis dan 223 kilang diperiksa di Kelantan di bawah operasi berkenaan sejak dua hari lalu. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!