X

Kindly register in order to view this article
!

Tips percepatkan janji temu vaksin Covid-19 palsu: JKJAV

JKJAV memuat naik maklumat berhubung pengedaran maklumat palsu berkenaan tips mempercepatkan tarikh janji temu suntikan vaksin Covid-19
A
A

SHAH ALAM - Tiada jalan pintas untuk mendapatkan janji temu suntikan vaksin Covid-19 seperti yang ditularkan di media sosial.

Perkara itu disahkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi ciapan di Twitter rasminya pada Ahad.

Pihak JKJAV menjelaskan, tindakan ke 'Help Desk' untuk tujuan jalan pintas itu hanya akan menenggelamkan aduan sahih dihantar orang ramai kepada aplikasi MySejahtera.

"Untuk makluman, terdapat mesej palsu sedang tersebar tentang jalan pintas untuk mendapatkan janji temu.

"Kami menggesa orang ramai untuk tidak ke HelpDesk bagi tujuan ini kerana ia akan menenggelamkan aduan sahih dihantar orang ramai kepada MySejahtera,"menurut ciapan tersebut.

Maklumat grafik yang dikepilkan juga turut menekankan bahawa janji temu bagi suntikan vaksin-19 akan diberikan secara automatik dan berperingkat.

Tips mempercepatkan tarikh janji temu suntikan vaksin Covid-19 mula tular di media sosial dengan perincian langkah-langkah menggunakan bahagian Help Desk di aplikasi MySejahtera.

Terdapat pengguna yang mendakwa tindakan tersebut berhasil setelah sekian lama menanti kemaskini tarikh janji temu bagi mendapatkan suntikan vaksin tersebut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!