Sarawak mahu penilaian berdasarkan situasi daerah

Sarawak mahu penilaian peralihan ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berdasarkan situasi Covid-19 setiap daerah.
Sarawak mahu penilaian peralihan ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berdasarkan situasi Covid-19 setiap daerah.
A
A
A

KUCHING - Sarawak mahu penilaian peralihan ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berdasarkan situasi Covid-19 setiap daerah, bukannya negeri secara keseluruhan.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini kerana Sarawak adalah negeri yang besar.

"Kami mahu meminta daripada kerajaan Persekutuan agar Sarawak dinilai berdasarkan situasi dan prestasi Covid-19 setiap daerah dan bukannya (penilaian) terhadap negeri secara keseluruhan.

“(Ini kerana) Sarawak adalah sebuah negeri yang sangat besar dan sebesar Semenanjung Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mengenai proses vaksinasi Covid-19 di negeri itu, Uggah berkata, beliau yakin Sarawak akan dapat memenuhi sasaran vaksinasi 2.2 juta rakyat yang layak menjelang akhir Ogos.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Sarawak akan sentiasa memperhalusi mekanisme sedia ada untuk pemberian vaksin di negeri itu agar ia lebih cekap dan berkesan.

“Malah kami telah mencapai 65,000 dos sehari tetapi semalam (Sabtu) kami hanya melakukan 47,679 dos. Kami akan meningkatkan kepada 60,000 dos sehari, jadi kami perlu menggiatkan usaha,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: