Zoo Melaka terima bantuan makanan

Shadan (tiga, kanan) menerima sumbangan daripada YADIM Melaka.
Shadan (tiga, kanan) menerima sumbangan daripada YADIM Melaka.
A
A
A

MELAKA - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Negeri Melaka menyantuni kakitangan bertugas di Zoo Melaka sekali gus membantu kos operasi haiwan ditempatkan di situ menerusi program Musaadah Yadim 3.0, pada Jumaat lalu.

Pengarah Yadim Melaka Muzafar Abd Rahim berkata, bukan sahaja orang ramai terjejas akibat pandemik Covid-19 tetapi haiwan di zoo berkenaan turut terkesan dan memerlukan sumbangan bagi membantu kos operasinya sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

"Sebanyak 30 kit Musaádah Yadim diberikan kepada pekerja Zoo Melaka yang terkesan dan tidak dapat bekerja sepanjang pelaksanaan PKP manakala RM2,000 sumbangan makanan disalurkan termasuk sayuran dan buah buahan dianggarkan seberat satu tan.

"Ini sebagai tanda keprihatinan kita sesama insan dan sumbangan disampaikan ini atas rasa kemanusiaan yang turut disertai Sukarelawan Yadim Tanjung Dahan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman; Pengarah Zoo Melaka Zanariah Khamis dan Ketua Operasi Zoo Melaka, Azman Ghazali.

Artikel Berkaitan: