Kanak-kanak perempuan maut ditetak bapa saudara

Seorang kanak-kanak perempuan maut akibat ditetak bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah kampung di Kuala Selangor pada Ahad.
Seorang kanak-kanak perempuan maut akibat ditetak bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah kampung di Kuala Selangor pada Ahad.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan maut selepas bertarung nyawa akibat ditetak bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah kampung di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa bagaimanapun berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

"Maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas siasatan dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Ahad, tular di Facebook berhubung kejadian seorang kanak-kanak perempuan yang ditetak seorang lelaki yang merupakan bapa saudaranya.

Seorang pemilik akaun Facebook memuat naik status tersebut dan menyifatkan kejadian itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Maaf, saya orang luar mungkin tak layak berkata-kata, tapi hati saya pedih bila dapat berita macam ini.

"Sampai bila hendak biarkan kampung sana jadi port (penagihan dadah). Kalau ada saudara sendiri yang ambil barang (dadah), tolonglah hantar mereka ke pusat pemulihan. Jangan biarkan nyawa anda dan anak-anak jadi taruhan bila putus bekalan," katanya.

Bagaimanapun, semakan mendapati status yang dimuat naik itu sudah dipadam.

Artikel Berkaitan: