1,256 penduduk di Taman Desaria kena PKPD

Taman Desaria,Nilai akan dikenakan PKPD bermula esok.
Taman Desaria,Nilai akan dikenakan PKPD bermula esok.
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 1,256 penduduk di Taman Desaria Nilai akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Isnin ini.

Pengarah Keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sembilan, Roslin Hisham Abd Hamid berkata, kawasan tersebut membabitkan 448 unit rumah.

"Kerja-kerja memasang kawat duri akan dilaksanakan pada petang ini, bagi memastikan tiada yang 'lari' daripada kawasan tersebut yang akan berada dalam tempoh PKPD," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, kawasan seluas 36 hektar itu akan menjalani tempoh PKPD sehingga 18 Julai depan.

Katanya, turut terlibat dalam PKPD itu adalah 17 premis kedai, balai raya, tadika dan masjid yang akan dikawal ketat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Nilai, J Arul Kumar berkata, seramai 242 kes positif Covid-19 telah direkodkan dari 14 sehingga 27 Jun lalu dengan melibatkan 53 warga tempatan dan 189 bukan warganegara.

"Kesemua ini melibatkan beberapa kluster seperti Kluster Industri Permata 1, Kluster Industri Permata 2 dan dua kluster lain," katanya.

Artikel Berkaitan: