Lelaki kendali perantis permainan perjudian ditahan

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam pengendalian perantis yang digunakan untuk permainan perjudian dalam talian dan ejen ekor haram.
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam pengendalian perantis yang digunakan untuk permainan perjudian dalam talian dan ejen ekor haram.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam pengendalian perantis yang digunakan untuk permainan perjudian dalam talian dan ejen ekor haram di Taman Bukit Indah di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, bertindak atas maklumat perjudian atas talian (JOL) dan pertaruhan bola sepak, sepasukan polis telah menahan lelaki berusia 41 tahun itu dalam serbuan pada jam 12.30 tengah malam.

"Kita telah merampas tiga telefon bimbit pelbagai jenis, wang tunai RM100,000 dan dua komputer yang memaparkan pertaruhan perjudian dalam talian," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Anuar berkata, suspek mengaku terlibat dalam pengendalian perantis yang digunakan untuk permainan perjudian dalam talian dan ejen nombor ekor haram sejak lebih kurang tiga tahun yang lalu.

"Analisis pakar judi ke atas barang kes yang dirampas mengesyaki terdapat unsur-unsur berkaitan perjudian dalam talian," katanya.

Anuar berkata, suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula Ahad hingga Rabu.

'Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)c Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan 4A(a) akta yang sama," katanya.

Artikel Berkaitan: