X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Lagi kes beruang matahari jantan mati dilanggar di LPT 2

Beruang matahari jantan mati dilokasi akibat dirempuh kereta dipandu seorang guru dalam kejadian di Kilometer 367.5 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 2, Dungun, pagi Ahad. - Foto ihsan IPD Dungun Gambar kecil: Baharudin
A
A

DUNGUN- Seekor beruang matahari jantan maut selepas dirempuh sebuah kereta jenis Hyundai Sonata dipandu seorang guru di Kilometer 367.5 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini, pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, haiwan liar itu mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian kereta yang dipandu seorang wanita berusia 30-an dikatakan dalam perjalanan ke sekolah dari Kampung Paya Repek Bukit Payong, Marang ke Sekolah Menengah Padang Pulut, di sini.

Keadaan kereta dipandu guru wanita berusia 30-an rosak teruk selepas merempuh haiwan liar berkenaan dilokasi.
Keadaan kereta dipandu guru wanita berusia 30-an rosak teruk selepas merempuh haiwan liar berkenaan dilokasi.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandunya gagal mengelak lalu merempuh seekor beruang matahari jantan yang tiba-tiba melintas di laluan berkenaan sebelum terbabas lalu melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri.

“Akibat rempuhan itu, haiwan liar yang dipercayai berasal dari hutan berhampiran tersebut mati serta-merta akibat kecederaan parah bagaimanapun wanita tersebut tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, bangkai beruang matahari telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!