17 terbunuh, pesawat tentera terhempas di Filipina

Pesawat Hercules C-130 itu membawa seramai 92 penumpang dan kebanyakannya ialah anggota tentera sebelum ia terhempas di Pulau Jolo, wilayah Sulu pada Ahad. - Foto: Facebook/Rotary Clubs of the Philippines
Pesawat Hercules C-130 itu membawa seramai 92 penumpang dan kebanyakannya ialah anggota tentera sebelum ia terhempas di Pulau Jolo, wilayah Sulu pada Ahad. - Foto: Facebook/Rotary Clubs of the Philippines
A
A
A

MANILA - Sekurang-kurangnya 17 terkorban manakala 40 lagi cedera dalam kejadian nahas membabitkan pesawat tentera di selatan Filipina pada Ahad.

Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana memaklumkan pesawat pengangkut Hercules C-130 tersebut membawa seramai 92 penumpang dan kebanyakannya ialah anggota tentera sebelum ia terhempas di Pulau Jolo, wilayah Sulu.

Beliau turut mengesahkan kira-kira 40 mangsa penumpang cedera berjaya diselamatkan.

Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku selepas pesawat tersebut tersasar dari landasan ketika cuba mendarat dan tiada bukti menunjukkan ia telah diserang.

Difahamkan, kebanyakan mangsa penumpang adalah kumpulan yang baharu selesai menjalani latihan asas ketenteraan dan dikerahkan untuk menyertai operasi memerangi keganasan di wilayah bergolak di selatan negara itu.

Tragedi itu berlaku selepas helikopter Black Hawk terhempas di utara Manila ketika sesi latihan pada waktu malam yang turut meragut enam nyawa termasuk tiga juruterbang pada bulan lalu. - AFP

Artikel Berkaitan: