X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Usah skeptikal dengan isu bendera putih

Ahmad Zahid
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak tidak bersikap ragu-ragu terhadap kempen bendera putih.

Beliau berkata, isu bendera putih masih berterusan diperbahaskan dan rakyat tidak melihat ia sebagai satu tindakan politik.

"Nampak gaya masih berterusan hal bendera putih. Masih diperbahas. Bagi saya mudah sahaja, jangan skeptikal kepada bendera putih.

"Rakyat tidak pernah melihat ia sebagai suatu tindakan politik. Yang rakyat tahu, ada individu atau keluarga sedang dalam kesusahan perlukan pertolongan," katanya menerusi Facebook beliau pada Ahad.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, adalah lebih baik bertanya kepada penghuni rumah yang menggantung bendera putih sekiranya mahu kepastian lebih mendalam.

"Adakah mereka gantung bendera putih sebab politik atau terdesak perlu bantuan? Saya fikir tiada siapa dengan mudah sanggup kibar bendera putih depan rumah.

"Mereka ini sanggup mengetepikan perasaan malu demi keperluan diri dan keluarga. Maka wajar semua pihak 'husnuzon' (bersangka baik) dengan bendera putih. Jangan terlalu fikir yang bukan-bukan," kata beliau.

Tambah Ahmad Zahid, langkah menaikkan bendera putih juga mempunyai makna tersirat bahawa ia satu pendekatan psikologi mengenai kebertanggungjawaban.

"Lihat sahaja, sejurus bendera putih dikibarkan, laju bantuan tiba tanpa perlu memohon ke sana ke sini," ujar beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!