Shevchenko tak kecewa Ukraine gagal ke separuh akhir

Shevchenko (kanan), berkata sesuatu kepada Southgate setelah tamat perlawanan pada Ahad. -Foto EPA
Shevchenko (kanan), berkata sesuatu kepada Southgate setelah tamat perlawanan pada Ahad. -Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Ukraine Andriy Shevchenko mengakui dia tidak terlalu kecewa apabila skuad kendaliannya itu gagal mara ke separuh akhir Euro 2020 setelah tewas 0-4 kepada England pada Ahad.

Malah, sebaliknya Shevchenko turut meramalkan skuad The Three Lions itu bakal mara ke pentas final Euro kali ini.

“Bagi saya, skuad England kali ini agak kuat baik dari segi individu mahu pun berpasukan. Mereka juga memiliki jurulatih yang hebat seperti Gareth Southgate.

“Pada perlawanan ini, England telah beraksi penuh pragmatik selain memanfaatkan segala kekuatan yang dimiliki dan mengeksploitasikan segala kesilapan yang kami lakukan.

“Kini, mereka telah mara ke separuh akhir dan saya meramalkan bahawa pasukan ini mampu untuk mara ke final pula selepas ini,” katanya.

Pada aksi suku akhir di Stadium Olimpico Rome itu menyaksikan kapten England, Harry Kane menjaringkan dua gol pada minit ke-4 dan min-50 manakala Harry Maguire dan Jordan Henerson masing-masing menjaringkan satu gol pada minit ke-46 dan min-63 bagi mengesahkan kemenangan pasukan.

Berdasarkan jadual, skuad The Three Lions itu dijadualkan berdepan Denmark pada aksi separuh akhir di Wembley pada 8 Julai.

Sementara itu pertahanan Ukraine, Oleksandr Karavaev berkata, pemain banyak melakukan kesilapan pada perlawanan berkenaan hingga menyaksikan pintu gol pasukan itu dibolosi sebanyak empat kali.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kesilapan-kesilapan berkenaan secara keseluruhannya dilihat sebagai punca utama yang menyebabkan pintu gol mereka dibolosi dengan mudah pada perlawanan berkenaan.

“Dibolosi dua kali pada awal separuh masa pertama dan separuh masa kedua pada perlawanan berkenaan ternyata sesuatu sukar untuk diterima.

“Keadaan itu nyata memberikan kepada psikologi pemain kerana kami semua telah bersedia secukupnya bagi mengharungi perlawanan berkenaan,” katanya.