X

Kindly register in order to view this article
!

MCW lapor lima kes PRK Semenyih

Jais ketika sidang media selepas taklimat bersama GPMS
A
A

KUANTAN – Lima kes dilaporkan Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang tempoh kempen PRK Semenyih, pada masa ini.

Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, laporan tersebut adalah berhubung perbuatan disyaki kesalahan bersabit undang-undang perilaku rasuah dan perbuatan menyalahi akta dalam pilihan raya kecil.

“Seramai 20 ahli MCW telah ditauliahkan oleh SPR untuk menjadi pemerhati di PRK DUN Semenyih. Sehingga kini telah lima kes kita adukan. Manakala di PRK Cameron Highlands ada tujuh kes termasuk kes penggunaan kenderaan jabatan kerajaan bagi tujuan berkempen.

“Kesemua kes masih dalam siasatan. MCW bukan penguat kuasa. Kita juga tiada kuasa untuk menyatakan bahawa sesuatu perbuatan itu adalah rasuah, namun sekiranya kita dapati perbuatan itu ada bercirikan rasuah atau menyalahi kesalahan dalam pilihan raya, maka kita bertindak membuat aduan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi dialog dan taklimat bersama ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS) Pahang di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi GPMS Negeri, Wan Emril Nizam Wan Embong dan Exco GPMS Kebangsaan, Dr Mohamad Erhan Rahimi Abdul Rahman.

Jais berkata, MCW menjadi rakan strategik SPRM bagi membantu agensi itu memberikan kesedaran kepada orang ramai berhubung kesalahan rasuah dan apa yang penting berani melaporkannya.

Sehingga kini kira-kira 100 kes telah dilaporkan NGO tersebut kepada SPRM sejak ia ditubuhkan lebih setahun lalu dan kesemua kes dalam siasatan.

"Kita sedia maklum untuk satu kes, pihak SPRM memerlukan tempoh untuk melakukan siasatan dan perlu 80 peratus bukti sebelum dibawa ke mahkamah.

"Kebanyakan kes yang kita laporkan adalah berhubung salah guna kuasa membabitkan penjawat awam, berkaitan pilihan raya kecil dan PRU," katanya


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!