Bakul makanan diagih minggu hadapan

Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit
Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit
A
A
A

ALOR SETAR - Bantuan Bakul Makanan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mula diedarkan minggu depan.

Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit berkata, peruntukan yang diterima pada 28 Jun lepas kini sedang diproses dan kerja-kerja pengagihan akan dimulakan pada minggu hadapan untuk yang layak.

"Pusat Khidmat Parlimen Jerai akan bekerjasama dengan agensi lain seperti Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), masjid dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan bagi memudahkan proses pemberian kepada mereka yang berkelayakan.

"Bagaimanapun, peruntukan masih lagi terhad kerana ramai rakyat yang memerlukan ekoran keadaan ekonomi keluarga mereka yang terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin lepas sebanyak RM300,000 diperuntukkan melalui Pakej Pemulih kepada semua ahli Parlimen untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan.

Artikel Berkaitan: