Polis siasat dakwaan anggota minta duit sogokan

Tular rakaman video yang mendakwa anggota polis meminta wang daripada pemilik kenderaan terbabit.
Tular rakaman video yang mendakwa anggota polis meminta wang daripada pemilik kenderaan terbabit.
A
A
A

KLANG - Polis Klang Utara menyiasat dakwaan meminta wang sogokan dikatakan membabitkan anggota polis terhadap seorang pemandu kereta dipercayai di Bandar Sultan Suleiman, di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara mengesan rakaman video didakwa melibatkan kejadian itu pada Sabtu daripada satu akaun Twitter.

Menurut beliau, rakaman video tersebut memaparkan anggota polis disyaki meminta wang daripada pemilik kenderaan terbabit.

"Kami kenal pasti anggota itu dan satu kertas siasatan tatatertib dibuka terhadapnya.

"Sehubungan itu, polis meminta pemilik akaun (Twitter) terbabit atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenainya menghubungi IPD Klang Utara bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Artikel Berkaitan: