Argentina tidak berdepan masalah atasi Ecuador

Messi turut menyumbangkan gol ketika membantu Argentina mengatasi Ecuador pada aksi Pusingan Lapan Terbaik Copa America di Goiania. FOTO: Copa America
Messi turut menyumbangkan gol ketika membantu Argentina mengatasi Ecuador pada aksi Pusingan Lapan Terbaik Copa America di Goiania. FOTO: Copa America
A
A
A

ARGENTINA menepati ramalan untuk mara Pusingan Empat Terbaik Copa America 2021 selepas membelasah Ecuador 3-0 pada saingan suku akhir sebentar tadi.

Pada aksi kalah mati di Stadium Olimpico Pedro Ludovico, Goiania, tersebut,jaringan Rodrigo De Paul, Lautaro Martínez dan Lionel Messi sudah cukup mengesahkan kemaraan La Albiceleste kendalian Lionel Scaloni tersebut

Kemenangan itu membolehkan Argentina menempah slot separuh akhir berdepan Colombia yang menyingkirkan cabaran Uruguay menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 setelah kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada 90 minit perlawanan.

Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan pasukan bukan pilihan Peru menentang penyandang juara Brazil.

Artikel Berkaitan: