X

Kindly register in order to view this article
!

Semangat Eriksen pacu kemenangan Denmark

Pemain-pemain Denmark meraikan kejayaan mara ke separuh akhir Euro 2020 selepas menjinakkan Republik Czech 2-1 di Stadium Olimpik, Baku. FOTO: UEFA
A
A

KEMARAAN Denmark ke saingan separuh akhir Euro 2020 dipacu semangat Christian Eriksen yang sentiasa dalam jiwa pemain-pemain Danish Dynamite tersebut.

Pengendali Denmark, Kasper Hjulmand berkata, insiden menimpa pemain berusia 29 tahun ketika aksi pembuka tirai menentang Finland pada 12 Jun lalu telah membuka halatuju baharu buat pasukan tersebut

Menurut Hjulmand, beliau dan pemain-pemain Denmark sentiasa mengingati bekas tonggak Tottenham Hotspur yang kini bersama kelab liga Itali, Inter Milan itu.

"Sejujurnya saya dan pemain-pemain Denmark masih memikirkan tentang Eriksen setiap hari kerana percaya dia seharusnya berada di sini.

"Biarpun begitu kami amat gembira kerana dia selamat dan kami membawanya ke dalam hati hingga ke perlawanan ini dan ke Wembley.

"Nilai-nilai asas bola sepak muncul dalam beberapa saat setiap hari selepas insiden Eriksen, dan baru kami memahami mengapa kami bermain bola sepak.

"Eriksen menjadi sebahagian daripada Danish Dynamite sejak sekian lama kerana pengukuhan semangat pasukan ini bukan sesuatu yang kami buat semalaman dan dia adalah sebahagian besar dari hasil ini," kata Hjulmand.

Eriksen sebelum ini mengalami serangan jantung mengejut ketika berdepan Finland pada minit ke-42 dalam aksi di Copenhagen, menyebabkannya memerlukan alat bantuan kecemasan di padang, diikuti rawatan di hospital untuk rawatan susulan.

Anak buah Hjulmand yang terkejut insiden itu kemudian mengharungi baki saingan kumpulan dengan kekalahan 0-1 kepada Finland, sebelum tunduk 1-2 kepada Belgium.

Namun kemenangan 4-1 aksi terakhir kumpulan ke atas Rusia diikuti kemenangan 4-0 ke atas Wales dalam Pusingan 16 Terbaik menceritakan segala-galanya kebangkitan bertenaga Denmark.

Pada Pusingan Lapan Terbaik Euro 2020 Danish Dynamite meneruskan rentak cemerlang sebelum ini apabila mara ke separuh akhir selepas menjinakkan Republik Czech 2-1 di Stadium Olimpik, Baku.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!