Ketangkasan Ospina pacu Colombia

David Ospina
David Ospina
A
A
A

PENJAGA gol Colombia, David Ospina muncul wira apabila membawa Los Cafeteros ke separuh akhir Copa America 2021 selepas mengejutkan Uruguay 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti sebentar tadi.

Pada aksi penuh Pusingan Lapan Terbaik Copa America 2021 di Stadium Mane Garrincha, Brazil, kedua-dua pasukan buntu memecah jaring masing-masing apabila terikat 0-0 sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

Penjaga gol berusia 32 tahun yang kini berseragam kelab liga Itali, Napoli sejak 2019 itu menyelamatkan dua penalti ketika bekas benteng terakhir kelab liga England, Arsenal itu mencipta penampilan ke-112 buat Colombia, mengatasi rekod kebangsaan dipegang bersama legenda, Carlos Valderrama.

Ospina yang memulakan karier remaja bersama gergasi liga Colombia, Atlético Nacional menyelamatkan cubaan dua bintang La Celeste, Jose Gimenez dan Matias Vina, sekali gus membolehkannya yang membuat 29 penampilan bersama Arsenal dari 2014 hingga 2019 memacu Los Cafeteros ke pentas empat terbaik Copa America 2021.

Ospina diraikan pemain-pemain Colombia selepas menyelamatkan dua sepakan penalti ketika menentang Uruguay pada Pusingan Lapan Terbaik Copa America 2021 pada Ahad. - Foto Copa America
Ospina diraikan pemain-pemain Colombia selepas menyelamatkan dua sepakan penalti ketika menentang Uruguay pada Pusingan Lapan Terbaik Copa America 2021 pada Ahad. - Foto Copa America

Artikel Berkaitan: