Ops Khas Motosikal: 31 termasuk seorang wanita ditahan

Antara individu yang ditahan dalam Op Khas Motosikal di Jalan Sultan Alauddin Bandar Sultan Suleiman, pada Sabtu.
Antara individu yang ditahan dalam Op Khas Motosikal di Jalan Sultan Alauddin Bandar Sultan Suleiman, pada Sabtu.
A
A
A

KLANG - Seramai 31 individu termasuk seorang wanita ditahan dalam Op Khas Motosikal di Jalan Sultan Alauddin Bandar Sultan Suleiman, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, kesemua individu berusia 13 hingga 23 tahun dan 26 motosikal untuk pemeriksaan lanjut.

"Sebanyak 76 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalulintas serta 20 motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Nurulhuda berkata, seramai 22 individu turut dikenakan kompaun kompaun di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana berkumpul di tempat awam dan keluar tanpa hala tuju.

"Masyarakat disarankan supaya tidak terlibat dengan kegiatan lumba haram dan ibu bapa hendaklah memantau pergerakan anak-anak agar tidak terlibat dengan lumba haram, berkumpul dan keluar rumah tanpa tujuan.

"Kita akan menjalankan operasi dan penguatkuasaan berterusan bagi membendung kegiatan lumba haram terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya.

Artikel Berkaitan: