Denmark hentikan kemaraan Republik Czech

Pemain-pemain Denmark meraikan kejayaan menewaskan Republik Czech pada aksi Pusingan Lapan Terbaik Euro 2020 di Stadium Olimpik, Baku pada Ahad. - Foto UEFA
Pemain-pemain Denmark meraikan kejayaan menewaskan Republik Czech pada aksi Pusingan Lapan Terbaik Euro 2020 di Stadium Olimpik, Baku pada Ahad. - Foto UEFA
A
A
A

BEKAS juara edisi Euro Sweden 1992, Denmark membuktikan semangat Christian Eriksen harum subur bersama Danish Dynamite apabila gah menyingkirkan Republik Czech 2-1 pada aksi Pusingan Lapan Terbaik Euro 2020 di Stadium Olimpik, Baku awal pagi tadi.

Penyerang Thomas Delaney terlebih dulu meletakkan De Rød-Hvide di depan seawal minit kelima selepas pemain kelab liga Jerman, Borussia Dortmund tersebut menanduk masuk bola sepakan sudut menewaskan penjaga gol Tomas Vaclik yang kini menyarung jersi Seville di saingan liga utama Sepanyol.

Anak buah Kasper Hjulmand kemudiannya melebarkan jaringan menerusi pemain kelab liga Perancis, Nice, Kasper Dolberg pada minit ke-42 untuk membawa kedudukan 2-0 pada babak pertama.

Separuh masa kedua, Republik Czech yang dibimbing Jaroslav Silhavy kembali memperkemaskan permainan dan melakukan perubahan taktikal mula mengasak kubu Denmark.

Hasilnya, ayam tambahan Republik Czech, Patrik Schick yang berkhidmat dengan kelab liga Jerman, Bayer Leverkusen mengurangkan defisit gol menerusi jaringan pada minit ke-49 untuk kedudukan 2-1.

Gol kelima pertandingan berprestij bola sepak benua Eropah daripada pemain berusia 25 tahun itu yang melakukan 29 penampilan bersama Leverkusen dengan meledak sembilan gol musim lalu, meletakkannya menyamai jaringan penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo yang kini bersama kelab liga Itali, Juventus.

Artikel Berkaitan: