Budak perempuan berwajah tua meninggal dunia

Iryana Khimich meninggal dunia ketika berusia 10 tahun di Ukraine baru-baru ini. - Foto Dina Khimich/ Facebook
Iryana Khimich meninggal dunia ketika berusia 10 tahun di Ukraine baru-baru ini. - Foto Dina Khimich/ Facebook
A
A
A

KIEV - Seorang budak perempuan berumur 10 tahun yang menghidap penyakit yang menyebabkan wajah dan tubuhnya kelihatan seperti individu yang sudah tua, meninggal dunia di Ukraine baru-baru ini.

Budak perempuan itu, Iryna Khimich menghidap penyakit progeria yang menyebabkan tubuhnya walaupun kecil tetapi kelihatan seperti sudah berusia 80 tahun.

Khimich sebelum ini menjual lukisan-lukisannya bagi menampung rawatan penyakit progeria yang turut dikenali sebagai sindrom Hutchinson-Gilford.

Menurut portal berita Daily Mirror baru-baru ini, ibunya, Dina, 39, mengumumkan kematiannya di media sosial.

Ibunya itu dilaporkan berkata bahawa jantung anaknya itu terhenti tetapi portal berita tersebut tidak mendedahkan lokasi pengebumian Khimich atau sama ada budak perempuan berkenaan meninggal dunia di hospital.

Tubuh badan budak perempuan itu dilaporkan akan berubah menjadi seperti individu yang sudah tua pada setiap tahun sejak kira-kira hampir 10 tahun lalu.

Khimich dari bandar Vinnytsia di Ukraine meninggal dunia sebelum sempat dia mendapatkan rawatan di Boston, Amerika Syarikat (AS) untuk merawat penyakitnya itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: