11 lagi kematian akibat Covid-19 di Negeri Sembilan

Statistik kes Covid-19 di Negeri Sembilan pada Sabtu.
Statistik kes Covid-19 di Negeri Sembilan pada Sabtu.
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 11 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) pada Sabtu

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di negeri ini adalah sebanyak 395 orang.

"Setakat tempoh Sabtu, terdapat 699 kes baru positif Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 46,877 kes.

"Dukacita dimaklumkan, terdapat penambahan 11 kes kematian berkaitan Covid-19 telah dilaporkan kepada CPRC Negeri Sembilan hari ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Tambahnya, daripada jumlah kumulatif yang dicatatkan, sebanyak 38,593 kes telah sembuh dan discaj manakala 7,889 kes yang masih menerima rawatan di wad.

Katanya, terdapat 8,540 kes yang aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir).

"Sehingga kini, terdapat penambahan satu kluster baru dilaporkan iaitu Kluster Industri Jalan Tech Valley di Seremban.

"Ini menjadikan terdapat 56 kluster (45 kluster tempatan dan 11 kluster import) yang masih belum diisytiharkan tamat di Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan:

"Terdapat penambahan kes positif Covid-19 pada semua kluster, namun antara yang tertinggi adalah kluster industri Permata Satu 2, sebanyak 92 kes, diikuti kluster industri Senawang 39 kes dan Kluster industri Jalan Tech Valley Satu seramai 34 orang positif Covid-19," katanya.